Friday 20 February 2015

Anda Ada Batu Karang?

Apa itu Batu Karang?


Batu karang merupakan butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Ia boleh terbentuk di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran ureter (saluran menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing).
Batu karang terbentuk apabila kandungan bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing berada pada kadar yang tinggi. Batu boleh terbentuk jika bahan tersebut pada kuantiti biasa tetapi jumlah air kencing adalah sangat rendah.

Bahan tersebut akan membentuk kristal halus yang kemudian melekat pada dinding buah pinggang dan membesar hingga menjadi batu karang. Biasanya, batu karang akan bergerak melalui saluran air kencing dan keluar dari badan apabila kita membuang air kecil. Batu karang akan menyebabkan rasa sakit jika saiznya besar dan tersekat di saluran air kencing.
Pakar perubatan percaya pembentukannya dipengaruhi genetik, persekitaran, diet dan jangkitan kuman di saluran kencing. Oleh itu, sukar untuk menjangka siapa mendapatnya. Jika ada ahli keluarga pernah mendapat batu karang, maka anda mungkin boleh mendapatnya dan mereka yang pernah dijangkiti kuman di saluran kencing.
Simptom utama adalah rasa sakit teramat sangat di belakang atau pinggang, digambarkan lebih teruk daripada wanita yang sakit ketika bersalin.

Apabila sakit menyerang, ia berlanjutan selama 20 hingga 60 minit dan dalam tempoh itu, sakit akan datang dan pergi. Hampir semua pesakit batu karang ada kesan darah di dalam air kencing atau hematuria.
Ramai pesakit turut rasa sakit atau panas apabila kencing dan boleh nampak butiran pasir halus di dalam air kencing. Ada yang mengadu demam, menggigil, rasa loya dan muntah.
Namun, ramai pesakit yang tidak mempunyai sebarang simptom. Mereka hanya tahu mengenai batu karang melalui pemeriksaan kesihatan bertujuan mengesan penyakit lain.
Rawatan kepada pesakit batu karang ialah jika doktor merasakan batu karang boleh keluar melalui air kencing dan pesakit boleh tahan sakit, makan minum seperti biasa, pesakit boleh berehat di rumah dan menunggu batu karang keluar dengan sendirinya.
Jika pesakit mengalami kesakitan teruk atau loya, doktor akan menahannya di hospital dan memberi ubat tahan sakit dan memasukkan air melalui saluran darah (IV fluids).
Jika pesakit mengalami demam dan sakit teruk, mereka akan ditahan di hospital untuk rawatan dan mengelak jangkitan kuman lebih serius.
Jika batu karang tidak dapat keluar sendiri melalui air kencing, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan kecil atau prosedur perubatan lain antaranya proses Lithotripsy yang sesuai untuk batu karang bersaiz kurang 1 cm.
Pengambilan air yang banyak membantu mencegah kristal halus bercantum dan membentuk batu karang lebih besar. Ia juga memudahkan badan membuang batu karang yang bersaiz sangat kecil.
Pemakanan memainkan peranan mencegah pembentukan batu karang. Antara makanan yang menyebabkan pembentukan batu karang jika diambil berlebihan ialah seperti daging, organ dalaman haiwan, garam, kacang, bayam, coklat, keledek, supplemen kalsium dan supplemen vitamin C yang berlebihan.



Pengguna yang biasa menggunakan CMD memang terkejut sangat sebab ada batu keluar ...sejak amalkan CMD ni memang badan rasa cergas dan kesihatan semakin bertambah baik.

Hubungi Segera : Zaini 011-35193365

Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube